10 November 2011

Aktiviti hari ini: ENTRI MEREPEK.

Hai. Harini kta nak guna BM, selalu kan rojak. Jadi ayat kta harini skema sikit :D Harini kta rajin sangat nak buat tulisan2 tu. Macam 'Assalamualaikum' atas ni, dgn 'Lalaaa' dkt bawah tu. Harini kta tak pergi mana pun. Tadi pagi tak buat apa. Lepas zohor tu hantar Angah balik Cyberjaya dengan Mak dan Kakda. Singgah Tutti Frutti :D Tapi beli guna duit sendiri :( Masa dekat ofis mana tah, beli air tin mesin tu dengan Kakda. Ada la dalam 10 minit ktorang masukkan duit dalam mesin tu. Ktorang ingat mesin tu rosak, rupanya mesin tu tak terima syiling =_='

NOTA: Kta beli air F&N Mirinda Strawberi.

Nota tu saja sebenarnya :p Lepastu ktorang pun masuk kereta. Lepas hntar Angah, ktorang tangkap2 gmbar :D Hasilnya lawa, hahaha.


Ya itu gmbar tacap :p Tengok bibir kta! Merah kan? Haa minum lah F&N Mirinda Strawberi untuk buat bibir awk merah mcm kta :* Pukul 5 petang mcmtu ktorang pegi makan dkt kedai mamak dekat2 dgn ofis Kaklong. Ktorang terpaksa buang masa sbb Kaklong balik 6.15. Ktorang malas lah nak balik lepas tu keluar balik kan. Bazir minyak. Ktorang tgh berjimat sekarang :3 Dkt kedai mamak tadi pun ktorang pesan maggi goreng 2 dgn teh o panas 3, belanja RM11.50 je :)

Situasi lepas je duduk dkt kedai mamak -

Mak: Capati ada?
Pelayan: Tak ada la Kak.
Mak: Korang nak apa ni?
Lala & Kakda: Entah lah :/
Pelayan: *tepuk bahu Mak* Ni adik ke?
Mak, Lala, Kakda: Hahahaha.
Mak: Tak lah, anak.
Pelayan : *muka terkejut* Ye ke?
Mak: Ni yang ketiga *tunjuk Kakda* Ni yang bongsu *tunjuk kta*
Pelayan: Ohh *angguk2*
Kakda: Yang tua sekali 28!
Pelayan: *muka terkejut lagi*

Lepas je cakap2 mcmtu, Mak dah kembang :3 Hahaha. Mak kta awet muda kot, umur Mak kta 49 lah Makcik Pelayan :) Lepastu ktorang makan2. Lepastu lepak dalam kereta. Dalam 6.20 mcmtu Kaklong turun, lepastu ktorang pun balik. Dah smpai rumah Kakda dgn kta terkial-kial lah sembahyang Asar, nasib baik sempat. Tu jee aktiviti untuk harini, okbai! Assalamualaikum ♥